Selasa, September 03, 2019

Luahan hati ku

Kenapa sekarang nie masih jadi lagi. Ingat da cukup da ape yg aku lalui. X cukup lagi ke ape yg aku lakukan pada kau sebelum nie. Dari kereta kau rosak, pasal ppuan yang sukakan kau. Aku sabar semuanya. Dengan pukulan kau bagi pada aku. Aku diam kan sahaja. Itu ke kau kata sayang kat aku. Kalau kau sayang kat aku. Ko x de la nak pukul dan buat macam nie kat aku. Aku da habis beribu2 kat kereta kau. Dengan ko hutang perempuan yang duduk bagan lalang pon aku yg tolong setel kan. 

Rabu, April 17, 2019

PADA ALLAH SEGALA-GALANYA


Seberat berat dugaan dan cobaan kita..
Tidaklah seberat dugaan
Para Nabi Nabi,
Para Anbia,
Para Pejuang kemerdekaan...
dan Ibu Ayah kita
Pada masa dulu.

Tetapkanlah hati
Untuk selalu berpegang pada
Allah Yang Maha Esa.
Insha Allah.
DiaM,
Belajar dan
Tersenyumlah.

Haqqul Yakin.

Pada Agama,
ibadah,
amalan
dan sikap kita
dalam
Membentuk akhlak,
Prinsip,
Pendirian dan
Diri sendiri
Letaknya kunci syurga.
Dan,
Pada Allah segala-galaNya.

Allahuakhbar.

RUPA PELANGI SEINDAH WARNA HATI


Rindu nan biru 
Getarnya berdegup seru
Saraut wajah sendu terlintas menahan deru 
Berkata ingin bertemu
Andaikan bisa memutar waktu
Kan kukembalikan kisah ke semula 
Mungkin takkan ada pinta mengusik  jiwa
Tercukupi rindu membasahi kalbu setiap waktu

Yakinilah senja akan meminang pelangi 
Dan warna takkan menipu kebenarannya 

Kita akan membedah rasa lalu memunguti cerita tertunda 
Memperbaiki senyum pada tatanan selanjutnya 
Adalah sangat baik

Engkau harus yakin
Dekapanku takkan sirna 
Bersama doa menyemogakan anugerah terindah

Karena di sini 
Setulus jiwa menunggu kapan dan bilamana engkau datang

Hanya satu peermohonanku 
Bila waktu usai 
Bisa membimbing jalan ke arah menuju cahaya
 Akan tercukupi semua bahagiaku 

Mengapa Wanita Mudah Menangis?????


Mengapa wanita mudah menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi kami Pakar Cinta untuk kami rungkaikan. Mari kita lihat..

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

Antara punca wanita menangis:

1.Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)

2.Mengurangkan stress.


3.Tanda keinsafan/penyesalan.

4.Sebagai ugutan emosi.


Mari kita renungkan bait-bait ayat ini..

ketika wanita menangis,

bukan kerana dia ingin terlihat lemah,

melainkan kerana dia tak sanggup berpura-pura kuat.

ketika wanita menangis,

bukan bererti dia ingin mencari perhatian,

melainkan kerana apa yang dia perhatikan telah mengabaikannya.

ketika wanita menangis,

bukan bererti dia mengharapkan belas kasihan,

melainkan kerana dia sedang megasihani diri sendiri.

Hargailah titisan air mata seorang wanita terutamanya yang bergelar Si IBU..

Semakin aku rindu.... semakin aku benci


Bila kita buat something untuk orang yang kita sayang tapi dia tak pernah appreciate.  Kita bertahan sebab kita sayang. its hurt, but for the sake of the relationship, kita bertahan jugak. even hati kita yang rabak kita tak kisah, sebab kita sayang

I Love You


I love you when you smile at me,
I love it when you frown, I love you when you say the sweetest things, that makes my heart go up and down.
I love you the way to come to say sorry.
I love you the way you make those stupid faces that makes me laugh away to glory.
And even when you make me cry,
I love you 'coz I know you'll be right there with me and help me make my tears dry.
While I'm looking away,
I love you so much 'coz I will never ever love anyone this much ever again.


I love you when you make me angry,
I love you when you make me laugh,
I love it when you look at me

Isnin, April 08, 2019

UNDANG-UNDANG UMUM - Soalan PSL N29 Tahun 2012 (Bahagian III) KOD3001 C

Mengandungi enam (6) soalan dan calon diminta menjawab empat (4) soalan sahaja dalam masa 2 jam.

Soalan 1:-


a) Norika Fujiwara dilahirkan di Tokyo hasil pernikahan ibunya Puan Nana Ika seorang rakyat Malaysia dengan bapanya seorang jurutera syarikat multinasional warganegara Jepun. Pada 14 Februari 2012, ketika berusia 4 tahun, Norika Fujiwara telah dibawa kembali ke Malaysia oleh ibunya setelah bercerai dengan bapanya di Jepun. Puan Nana Ika telah membawa Norika Fujiwara ke Pejabat Pendaftaran Negara di Putrajaya, memohon kewarganegaraan Malaysia bagi anaknya itu.


Sebagai seorang Pegawai Pendaftaran, jelaskan status kelayakan Norika Fujiwara untuk memohon kewarganegaraan Malaysai dengan cara kuat kuasa undang-undang dan berikan justifikasinya.


Jawapan : Rujuk Perlembangaan Persekutuan, Bahagian 3, Kewarganegaraan Bab 1, Perkara 15(2), 15 A, Perkara 18


(b) Encik Klam Kar Bord sekeluarga telah tinggal selama 2 tahun di Chrischuch sebagai memenuhi syarat untuk memperolehi taraf pemastautin tetap di New Zealand. Setelah berjaya memperolehi taraf pemastautin tetap New Zealand itu, Encik Klam Kar Bold sekeluarga telah pulang semula ke Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di dalam Pilihanraya Umum yang lalu.


Walaubagaimanapun, pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah membatalkan hak Encik Klam Kar Bord sekeluarga untuk mengundi atas sebab Kerajaan Malaysia dengan perintah mahkamah telah pun melucutkan hak kewarganegaraan Persekutuan mereka.  Encik Klam Kar Bord tidak berpuas hati dan bercadang untuk mencabar keputusan Kerajaan Malaysia tersebut.


Jelaskan sama ada wujud sebarang prima facie yang boleh menjadi asa kepada Encik Klam Kar Bord bagi mencabar keputusan Kerajaan Malaysia melucutkan hak kewarganegaraan Persekutuannya. Nyatakan yang berkaitan.


Jawapan:** Sebelum itu ini maksud Prima Facie:: Mempunyai bukti kukuh untuk memulakan pendakwaan sesuatu kes :Jawapan : Tidak wujud prima facie : Rujuk Perlembangaan Persekutuan, Kewarganegaraan Bab 2, Perkara 23,24(1) dan (2)


(c) Puan Kristina yang mengikuti suaminya bertugas di Brussels, Belgium telah pulang ke Malaysia untuk melahirkan anak sulung mereka dengan menaiki pesawat Lufthansa, sebuah syarikat penerbangan Jerman. Tanpa diduga, tiba-tiba Puan Kristina mengalami sakit perut dan telah melahirkan seorang bayi lelaki dalam pesawat berkenaan ketika berada di ruang udara Thailand.


Sila jelaskan nama Negara yang akan didaftarkan sebagai tempat kelahiran bayi lelaki Puan Kristina dan berikan justifikasinya berdasarkan Perlembangan Persekutuan berhubung penetapan Negara tersebut.


Jawapan:Rujuk Perlembangan Persekutuan, Jadual-Jadual, Jadual Kedua, Bahagian 3, Peruntukan Tambahan Mengenai Kewarganegaraan, Tafsiran, Para 19A


Soalan 2:-


a) D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Agong dijadualkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Washington, Amerika Syarikat mulai 27 Jun 2012 hingga 06 Julai 2012. Setelah itu Baginda akan terus berangkat ke Mekah, Arab Saudi untuk menunaikan umrah sebelum kembali ke Malaysia pada 13 Julai 2012.


Berdasarkan Perlembangaan Persekutuan, apakah tindakan tertentu yang perlu dilakukan oleh D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Agong sebelum baginda berangkat meninggalkan Malaysia dan berikan justifikasi  tindakan tersebut.


Jawapan:


Rujuk Perlembangaan Persekutuan, Bahagian 4, Persekutuan Bab 1, Perkara 33 (1), Perkara 34 (5) dan (7) DANPerlembangaan Persekutuan , Jadual-Jadual, Jadual Kelima Majlis Raja-Raja, Perkara 38 (1) Fasal 6 .


(b) Terdapat tiga (3) keadaan yang menyebabkan seseorang Raja sesebuah Negeri dalam Malaysia tidak layak untuk dipilih memengang jawatan Yang Di Pertuan Agong.


Jawapan:


Rujuk Perlembangaan Persekutuan , Jadual-Jadual, Jadual Ketiga, Bahagian 1, Perkara 1 a-c


(c) Nyatakan jumlah undi Majlis Raja-Raja yang mencukupi untuk memecat Yang Di Pertuan Agong.


Jawapan:-


Rujuk Perlembagaan Persekutuan , Jadual-Jadual, Jadual Ketiga, Bahagian 3


(d) Semua Raja bagi Negeri-Negeri dalam Malaysia menerima gaji sebagai mana diperuntukkan oleh Perlembangaan Negeri masing-masing.


Jelaskan sama ada seseorang Raja masih boleh diberikan gaji sebagai mana diperuntukan oleh Perlembangaan Negeri setelah dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong.


Jawapan:-


Rujuk Perlembangaan Persekutuan, Bahagian 4, Persekutuan Bab 1, Perkara 34 (a) dan (c)


******* sambungan bagi soalan 3 - 6 akan datang.
selamat mencuba